
Ya..
Pagi semester 2 hadir dalam kepulan embun sunyi
Membangkitkan rasa segar..
..mungkin
Atau sebaliknya
setelah sebulan lamanya
Kujur tubuh ini sudah lama tidak bermandi embun pagi
Kini kitaran alam berpusing lagi
Seperti biasa,tiada cacat celanya
Yang bezanya tetap ada..
Impian,harapan,gugsan semangat
Dan mungkin caranya
Atau mungkin masih ditakuk yg lama
Entahlah…
Perjalanan bermula semula
Jadi tugas aku sekarang men cari arah
Arah yang mungkin ada likunya
Tapi dari batinnya lurus
..hingga sampai destinasi itu
Saya sedikit telat pagi ini meski hari pertama.
Kuliah telah bermula dimana Ar Najib mula bercakap itu dan ini menkhabar perihal informasi sepanjang studio semester baru ini.
Meski hari pertama,saya rasakan hari yang panjang kerana berjuta yang saya dapat dari dia,dia dan dia termasuk juga Sang Paradigma yang kini bagaikan bawa misi baru yang punya tujuan yang masih sama.
Ah,kuliah pertama diselit dengan perkhabaran assignment pertama.
Aku gusar? Ya sememangnya,kerana aku tidak pandai melakar,melukirs mahupun mewarna,
tapi namanya pun belajar maka harus mencuba dulu. Kata-kata Dr Mazran masih lekat di otak di kepala
dimana apabila melukis,hilangkan gusarmu terhadip kecantikan hasil terakhir yang akan dapat kamu curahkan. Ya,aku setuju kerana aku banyak memikirkan sebaliknya..apabila aku memikirkan cantik hodoh lukisan aku..idea seakan-akan terbantut dan tersorot.
Secara zahirnya,projek kali ini berkaitan dengan dome.. bagaimana kita menjadikan dome yang dibina dulu lahir bersama fungsinya yang kita sendiri ada-adakan. Jangan jadikan dia pondok buluh yang tua..yang bakal reput suatu harinya tanpa meninggalkan jasa. Itulah yang harus aku fikirkan..
Pertama, fungsinya(biar logic dan realistic).
Kedua, dalamannya dari perspektif mana.
Ketiga idea mengindahkanya.
Aku masih belum bermula,tapi aku tak mengharapkan yang cantik-cantik dari dia..
Yang aku harap hanya sekulimit rasa yang bangkitkan ironinya iaitu
……JIWA
1 comments:
Post a Comment