CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

selamat datang semester ke 2!



Selamat pagi dunia

Ya..

Pagi semester 2 hadir dalam kepulan embun sunyi

Membangkitkan rasa segar..

..mungkin

Atau sebaliknya

setelah sebulan lamanya

Kujur tubuh ini sudah lama tidak bermandi embun pagi

Kini kitaran alam berpusing lagi

Seperti biasa,tiada cacat celanya

Yang bezanya tetap ada..

Impian,harapan,gugsan semangat

Dan mungkin caranya

Atau mungkin masih ditakuk yg lama

Entahlah…

Perjalanan bermula semula

Jadi tugas aku sekarang men cari arah

Arah yang mungkin ada likunya

Tapi dari batinnya lurus

..hingga sampai destinasi itu

Saya sedikit telat pagi ini meski hari pertama.

Kuliah telah bermula dimana Ar Najib mula bercakap itu dan ini menkhabar perihal informasi sepanjang studio semester baru ini.

Meski hari pertama,saya rasakan hari yang panjang kerana berjuta yang saya dapat dari dia,dia dan dia termasuk juga Sang Paradigma yang kini bagaikan bawa misi baru yang punya tujuan yang masih sama.

Ah,kuliah pertama diselit dengan perkhabaran assignment pertama.

Aku gusar? Ya sememangnya,kerana aku tidak pandai melakar,melukirs mahupun mewarna,

tapi namanya pun belajar maka harus mencuba dulu. Kata-kata Dr Mazran masih lekat di otak di kepala

dimana apabila melukis,hilangkan gusarmu terhadip kecantikan hasil terakhir yang akan dapat kamu curahkan. Ya,aku setuju kerana aku banyak memikirkan sebaliknya..apabila aku memikirkan cantik hodoh lukisan aku..idea seakan-akan terbantut dan tersorot.

Secara zahirnya,projek kali ini berkaitan dengan dome.. bagaimana kita menjadikan dome yang dibina dulu lahir bersama fungsinya yang kita sendiri ada-adakan. Jangan jadikan dia pondok buluh yang tua..yang bakal reput suatu harinya tanpa meninggalkan jasa. Itulah yang harus aku fikirkan..

dari luaran kubah,aku memikirkan bagaimana menyumbat fungsi didalamnya

Pertama, fungsinya(biar logic dan realistic).

Kedua, dalamannya dari perspektif mana.

Ketiga idea mengindahkanya.

Aku masih belum bermula,tapi aku tak mengharapkan yang cantik-cantik dari dia..

Yang aku harap hanya sekulimit rasa yang bangkitkan ironinya iaitu

……JIWA

bagaimana dome ini memberi kamu jasa?


Monday, November 8, 2010

TRANSFORMASI ke dalam 10 KATA



‘rentetan perubahan meniupkan puing-puing kekeliruan

buat aku berpatah balik kepada dua yang tertinggal’

Wednesday, November 3, 2010

SHUT DOWN my s.t.u.d.i.o









XZBIT RUS 101

..tibanya hari yang disambut
biar tak segemilanagan mana
..aku tahu
mereka puas
..kerana aku merasa begitu
kepuasan pada usaha-usaha mereka

..hari itu
dia datang
..guru kepada guruku
atau aku lebih gemar gelarkan guruku
..sebagai
sang paradigma
yang mungkin pada dia juga sama
gurunya sang paradigma buat dia
dia datang bawa sejuta cerita
walaupun hadirnya seketika cuma
tapi beri sujuta makna..

mungkin ini hari bahagia
apabila aku dan m.e.r.e.k.a
ibarat digoncang ke mesin masa
melihat satu persatu pengalaman
semasa berada di studio bertuah ini
yang ajar aku bukan saja perihal dunia
yang ajar aku bukan saja tentang satu rasa
..tapi
....segalanya
ah..
kau tahu segalanya
pertualang aku tak pernah selesai
...aku masih mengembara















Wednesday, October 27, 2010

..while the BIG DOME is construct

berjuta bahasa boleh cerita..
boleh faham perihal hakikatnya
dugaan cabaran bila diletakkan diatas bahu
ibarat mengendong 7 lapisan lautan
hakikatnya bangga
biar perit mana
sebab disini ibarat aku kenal 7 lautan manusia
7 lautan nilai yang tak dapat dibeli
ya..
aku tak tipu kan
bahawa aku memang patut bangga..
dome..
kau ajar aku perihal dunia
bagaimana
tiada apa lagi nak
mungkin dari gambar
kau boleh lihat semuanya
kerana disana
ada sejuta buah cerita..