CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 28, 2010

2b-Man Made Structure: BST in GETTHO

projek kali ini masih bermain dengan buluh..buluh..dan buluh...tetapi kali ini kami perlu bermain betul-betul dengan buluh...yang aku dengar dari d=sidang dewan,ada yang mengeluh,ada yang exited juga..ada yang tak berkata apa-apa(speechless k0t)..
pada pagi itu,seperti biasa Tuan Pensyarah Wan B seperti biasa mengeluarkan arahan dan memberi petunjuk,setelah soal jawab dilakukan kami beredar dan terus memikirkan perihal projek kali ini...lebih2 lagi jadual kami agak padat..

bermula dengan mencari dan memotong buluh..

seterusnya bagi menyipakan pr0ses kerja ini,semasa program GETTHO diadakan,salah satu dari senggang waktu yang ada diperuntukkan untuk menyiapkan tugasn ini bersama rakan-rakan termasuklah para2 senior yang setia untuk membantu (trimasss)..oleh itu kami berkumpul pada petang itu dan aku menyambung untuk memotong ke bahagian yang lebih kecil.


aktiviti potong-memotong ini banyak dibantu oleh kakak2 dan abang senior (solute abess)..ini memudahkan dan mepercepatkan kerja aku untuk menyiapkan kerja-kerja ini..even dah luka2 jari aku dan kekawan tetapi semangat kami dan lain2 kuat..setelah buluh dipotong mengikut saiz yang diinginkan,aku mula menyatukan buluh2 ini...



sebelum diikat,aku mencuba untuk memakunya untuk memudahkan kerja..tetapi setelah dinasihatkan oleh seorang abang senior,aku mengambil alternatif untuk mengikatnya supay lebih selamat...setelah diikat beginilah hasilnya...


setelah itu,aku meneruskan tugas berikutnya pada malam seterusnya untuk membuat 'report' di dalam board yang bermula dengan aktiviti melukis,mengintepretasi dan melekat gambar..bila projek dah siap maka hati pun menjadi senang..(thanks a l0t kepada kawan2...en Wan B dan akak2 senior yang membantu)..




Monday, July 26, 2010

2A Natural Structure bamb0o

Seperti yang dimaklumkan di 'p0st' yang lepas..pelajar-pelajar RUS 101 telah ditugaskan untuk mengkaji serba sedikit mengenai perihal buluh..
kami ditugaskan untuk melukis 6 struktur bulu dan salah satunya diwarna..
setiap gambar perlu diinterpritasikan dan gabungan keenam-enam struktur ini membentuk sebuah cerita...

maka inilah hasil-hasil dari cubaan melakar buluh...



buluh..oh buluh....

Date : 19 July 2010
Location : Rumpun Buluh Research Village

pada pagi ini skali lagi kami diber tugasan yang tak pernah lagi terlintas di fikiran saya sebelum ini..mengkaji dan menghayati erihal buluh..kalau sebelum ini,bila diperkatakan mengenai buluh..pasti terlinttas perihal lemang..kalau tidaklemang meriam..tidak lebih dari itu..

pencarian kali ini adalah untuk melengkapkan pr0jek kedua kami yang berkaitan dengan buluh..arahan mengenai 'lawatan' ke rumpun buluh diterangkan oleh mr. wanB melalui slide yang terpampan di skrin hadapan dewan..

1400 hrs,1
9 July 2010
Bring Along : Tools, Drinking water,First aid kit..

Tepat jam 2 petang saya dan rakan-rakan tiba di perkarangan rumpun buluh dan menanti kehadiran para pensyarah..tidak lama kemudian dari jauh mr.Wan B dan Ar Najib tur
un dari kereta..dan selepas itu aktiviti kemahiran melukis dimulakan..memang pelbagai pengalaman baru yang dapat ditimba dari aktiviti-aktiviti disini..tak lupa juga kenangan bersama rakan-rakan yang turut tidak sengaja memijak tahi lembu yang berkeliaran...malah lembu-lembu itu turut bertindak ganas..dibawah adalah antara paparan gambar yang berkesempatan untuk dirakam...





























"jika dunia ini persinggahan,mengapa tidak kita banyakkan bekalan?
kerana kita cuma ada satu persinggahan.."




















Saturday, July 24, 2010

ME MY TAUGHT AND I

yeah..dari tajuknya sudah kelihatan menarik.. mungkn objektif tuan pensyarah adalah untuk mengetahui tahap kematangan pemikiran kami untuk menghadapi kehidupan disini..

by the way...ini adalah pr0jek pertama kami..segala-gala
yang berkaitan dengan 'principal' diterangkn tuan pensyarah dengan jelas..oleh itu dengan gesa-gesa warga sidang dewan yang sudah dilepaskan pulang menuju ke kedai2 alat2 tulis berdekatan untuk membeli b0ard dan alatan melukis yang lain...

saya dan kawan-kawan memilih kedai alat tulis 'miracle' yang berhampiran di masjid usm untuk membeli barang2 tersebut setelah dinasihatkan oleh 'abang2 n akak2 senior'..
sekembalinya dari membeli kelengkapan tersebut..lantas suis lapt0p yg setia diatas meja di'on' kan danlaman web studio di http://www.hbp.usm.my/1b/101/ di cari..
lantas saya terus mencari2 nama dan terus mengklik mengenai tajuk yang diterima...PALMCEL - "A Natural Biopolymeric Paper Strength Reinforcing Agent,2006" dan terus melihat segala research yang dibuat oleh researcher dan cuba memahami mengenai ape yang diminta....

memang agak k0mpius skit sal menda ne..s0 sya mengambil alternatif untuk menanyakn halne kepda kawan2 dan warga'senior'...sehari gak saya mencari maklumat dan mengorek idea untuk siapkan pr0jek ini...s0 alkisahnye begini la hasilnya...thanks sir wanB..u teach me a l0t of thing yang beri mkna dan kegunaan dimasa akn datang wheth
er ur still like to be......'mr. unpredictable'..












beginilah hasilnya...















projek pertama

Tuesday, July 13, 2010

APA YANG SAYA DENGAR? (WHAT I HEARD?)




0900 : Hakikatnya kuliah pertama yang saya hadiri hari ini secara rasminya bermula pada pukul 9.00 pagi meskipun kata-kata aluan disusuli tuan pensyarah sebelum dari waktu dijadualkan. "Markatny!!..siapa Markatny?"...pertanyaan mengenai individu tersebut menambahkan kehingaran suara-suara pelajar yang mungkin sama-sama tertanya siapakah pemilik nama tersebut.Saya lihat kebanyakan rakan-rakan mengambil alternatif 'memanjangkan leher' tercari-cari kalau ada yang mengankat tangan dan mengaku pemilik nama tersebut. Tapi persoalan mengenai individu terbiar hampa tanpa jawapan. Hingar bingar suara pelajar-pelajar termasuk juga pintu dewan yang kerap kali dikuak apabila pelajar keluar masuk.

0901 dan keatas : "Whose here cannot understand Malay?"..salah seorang pelajar lelaki berkemeja putih mengankat tangan. Ada gusar yang kukira dimatanya. "International student?"..disoal lagi gemaan suara itu yang kerap kali memecah masuk ke gegendang telinga ini. Kini saya lihat Tuan pensyarah yang 'memanjangkan leher' beliau mencari-cari seseorang malah mungkin sesuatu..suara itu bergema lagi.."Mahram?"..pelajar dari Iran terus dicari oleh beliau dan nampaknya pencarian itu hampa sebagaimana individu pertama yang dicari sebelum ini. Oleh itu bertalu-talu soalan dikemukakan kepada pelajar International dari CHINA yang wajahnya seringkali disimbahi kegusaran. Slide pertama dibuka dan terpampang di skrin besar di hadapan dewan E48B perkataan 'WELCOME to USM'..sekali lagi kata-kata ini dihulurkan dan semestinya disusuli ucapan tahniah kerana terpilih..sedikit sebanyak kata-kata ini menyuburi rasa bangga menjadi salah satu keluarga 'USM'..universiti yang hebat di Malaysia dan seantero dunia =D
'ACCELERATED PROGRAM FOR EXCELLENCE(APEX)'...persoalan soal APEX masih terus diwar-warkan dan pada saat tika itu aku semakin pasti perihal ini dimana saya disini wajib untuk betul-betul memahami APEX yang menjadi tanda kehebatan universiti yang saya duduki untuk 3 tahun ini.Tetapi sebelum diteruskan lagi,Tuan Pensyarah menggamati kesuluruhan skrin ini dan tetikusnya pantas menuju ke tulisan kecil di sudut bawah slide ini 'DAR'.Persoalan mengenai DAR diusul tetapi semua student hanya membisu sehinggalah persoalan mengenai nama Naib Canselor dipersoalkan?Oleh itu,tercari-carila semua orang akan perihal nama beliau. Bukan tidak pernah diberitahu tetapi tidak pernah mengagak bahawa persoalan nama akan disoal lagi. Dua tiga nama juga yang dilaung pelajar dan nama yang seringkali aku dengar ialah 'Omar Osman' dan ternyata bukanlah beliau yang dicari. Akhir sekali,seorang pelajar lelaki mengankat tangan dan membawa jawapan yang benar. "Bayangkan diri anda seorang kelasi kapal yang dalam pelayaran..tetapi anda tidak mengenali 'kapten' kapal anda?...adakah pelayaran itu akan berjaya?"

Slaid seterusnya dibuka dan persoalan perihal APEX dirungkai satu persatu oleh Tuan Pensyarah yang sedikit sebanyak bagi saya beliau seorang yang 'unpredictable' yang buat saya takut-takut kalau-kalau disoal soalan yang tak dapat diduga..Kepulan awan terpampan di skrin gergasi tersebut dan diikuti perkataan 'INTENSION/NIAT'.."Siapa yang datang sini tanpa niat?"..ini adalah antara soalan 'unpredictable' yang disoal tuan pensyarah kepada sidang dewan. Seorang student perempuan mengankat tangan dan apabila disoal kenapa sedemikian,jawapannya ditenggelami suara-suara lain disamping jaraknya dengan saya agak jauh untuk dicapai ke gegendang telinga ini. Tetapi jawapanya tetap tidak memuaskan hati Tuan Pensyarah. "Semua orang yang datang ke sini adalah niat untuk belajar meskipun tempat belajar ini bukan adalah pilihanya"...ya,bagi saya soal pilihan memang ada pada tangan kita tetapi soal terpilih atau tidak,itu ada pada tangan yang Maha Berkuasa.

Apabila papan kekunci terus ditekan,terpancar perkataan LAKU/ACT diikuti HASIL/PRODUCT, AKTOR/ACTOR, ATURAN/RULE dan akhir sekali TEMPAT/PLACE yang mewakili rajah bumi yang masih ditayangkan di skrin hadapan. Semua perkataan yang di'highlight' kan disini menceritakan mengenai penghasilan APEX yang waktu ketika ini saya dan rakan-rakan masih tidak sedar dan menghayati segala hal perihal APEX yang acapkali diwar-warkan. Jikalau konklusi dilakukan,dapat disimpulkan bahawa item-item ini yang bergerak seiring dengan 'kelestarian'. Bermula dengan NIAT dan bagaimana niat ini terhasil apabila kita sendiri yang mensasarkan matlamat ataupun sesuatu misi yang membawa nama sebagai 'student APEX' serta niat kita turut terhasil dari harapan pihak-pihak lain misalnya ibu-bapa dan pihak universiti sendiri. Tapi jika dipersoalkan bagaimana ACT kita untuk penghasilan APEX tersebut?maka Tuan Pensyarah sendiri yang melakukan kesimpulan bahawa NIAT,LAKU,AKTOR,ATURAN,TEMPAT mestilah diikuti dengan APEX maka terHASIL la APEX yang diminta itu...segala-gala yang dibincang adalah untuk memastikan kelestarian hari esok dan memberi nilai dalam jiwa pelajar itu sendiri mengenai apa yang kita mahu capai untuk masa yang akan datang.

Ternyata kuliah kali ini yang membawa topik agak serius tetapi keadaan kuliah yang tidaklah terlalu tegang. Hal ini mungkin seringkali sedikit selingan dilakukan Tuan Pensyarah dengan memanggil nama-nama pelajar terutama nama-nama itu menarik minat beliau kerana wujudnya keunikan nama pelajar sendiri disitu. Tidak lama selepas itu kaami diperkenalkan satu demi satu 'STUDIO MASTER' yang akan mengendalikan pelajar dalam studio suatu hari nanti. Antara nama yang sempat disalin serta di'copy' didalam website yang diberi oleh Tuan Pensyarah(http://www.hbp.usm.my/1b/101/studiomasters.htm) maka inilah nama-nama studio master yang ada di HBP ini..

ARCHITECTURE:
1. Wan Burhanuddin(Tuan Pensyarah yang saya war-warkan disini)
2. Mohd Najib
3. Zulkifli Hanafi
4.Mazran Ismail(ramai pelajar yang konfius akan nama beliau antara En Mazran atau Mazlan)

URBAN REGIONAL PLANNING
1. Ahmad Puat Mat Som
2. Mohamed Talhah Idrus
3.Azizan Marzuki
4. A'zizan Hussain
5. Rushizal Roosli

CONSTRUCTION MANAGEMENT
1. Abdelnaser Omran Ali
2.Ilias Said
3. Mohd hanizun Hanafi
4. Shardy Abdullah

B.SURVEY,ID,B.TECH AND QS
1. Zahry
2. Mohd Zahran Sulieman
3. Rusli Jamaludin.

Masing-masing memperkenalkan diri dan diakhiri dengan nasihat kepada kami semua. Nasihat yang kerap kali saya dengari ialah 'be panctual','duduk dihadapan','enjoy yourself here'. Nasihat-nasihat ini Insyallah akan bersemi diingatan para pelajar terutamanya dalam mencapai sasaran APEX.

1045 HINGGA SEBELUM BERSURAI : Tajuk assignment pertama kami terpampan diskrin gergasi itu dan sekali lagi menimbulkan kehingaran dari kalangan pelajar. 'WHAT I HEARD BETWEEN 0900-1100 ON 12th JULY 2010'....maka berpusu-pusulah soalan tersembul dari mulut-mulut rakan-rakan mengenai perihal assignment ini.
Maka dengan jayanya(harap-harap la) terhasil la blog ini yang sememangnya kali pertama tangan ini mensasarkan papan-papan kekunci untuk menulis blog. Jauh sudut hati ini sangat-sangat berharap blog ini dapat diterima Tuan Pensyarah(unpredictable) dengan hati yang terbuka kerana ini adalah pengalaman pertama. Insyallah untuk second assignment saya berazam(harap menjadi realiti) untuk lakukan lebih baik. Selamat bertemu di Tugasan Ke-2 :)