CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 27, 2010

..while the BIG DOME is construct

berjuta bahasa boleh cerita..
boleh faham perihal hakikatnya
dugaan cabaran bila diletakkan diatas bahu
ibarat mengendong 7 lapisan lautan
hakikatnya bangga
biar perit mana
sebab disini ibarat aku kenal 7 lautan manusia
7 lautan nilai yang tak dapat dibeli
ya..
aku tak tipu kan
bahawa aku memang patut bangga..
dome..
kau ajar aku perihal dunia
bagaimana
tiada apa lagi nak
mungkin dari gambar
kau boleh lihat semuanya
kerana disana
ada sejuta buah cerita..































Monday, October 18, 2010

RUS 101-10 XBIT


kukira projek kali ini menarik
pernuh warna-warni..
melihat teman-teman yg selesai dahulu
buat aku teruja..
bagaimana ya dymaxion aku
pusing kemana-mana
masih dalam bentuk yang sama
tak tahu hujung pangkalnya
tak tentu kiri kanannya
yang membezakannya hanya wajah-wajahnya
ya..
wajah-wajah aku sendiri
semuanya diselit dengan pengalaman
atau lebih tepat cabaran
selama aku terbongkok-bongkok menyelesaikan projek-projek itu dan inidalam studio yang pernuh dengan warna
sarat dengan rasa
tak kira penat,sedih,marah,gembira atau tak tahu apa-apa
tak kira pula samada ada kesungguhan
atau kira asal siap sudah..
aihh..
memang banyak cerita nak ungkap..
lihat saja globe bagai terserap semua rasa
meski ringan dibawa tapi berat ceritanya
aku yakin
pasti semua orang milik rasa yang sama
ah.
akui saja...
aku bahagia melihat dia siap juga
meski berpuluh wang habis
berejam masa tidur aku terbuang
bertapa tensyen nya pula
semua ada
semua rasa
mesikipun dia cuma hanya sebuah DYMAXION
yang tak bernyawa..
.........tapi ada JIWA!


suka-duka-warna-warni SI DIA

bagaimana dia dibina X)


aku dan SI DIA (:



warna-warni aku dan RUS 101

1500kata


ANJAKAN JIWA -KITA SATU-SATUNYA DINANTI ORANG- KEBEBASAN


Aku bukan nak bersajak

Nak melalak apatah lagi

Yang aku tahu tugasan yang satu ini

1500 kata nak aku karang apa

Perihal kebebasan tajuk kecilnya

Nak besar sikit aku nak kata yang ‘aku satu-satunya yang selama ini ditunggu orang’

Nak lagi besar anjakan minda..

Si dia betulkan pula-anjakan kalbu..

Tukar lagi anjakan jiwa..

Buat aku tertanya-tanya..

Mengapa?

Tak mampukah kita..?

Untuk menganjak minda..?

Mungkin bila jiwa tak teranjak

mana mungkin minda menginjak

Buat aku fikir lagi..

Perkaitan satu persatu tak semena

Nak aku cari tak tahu dimana

Nak dibincang apatah lagi

Tak mengapa

Biar aku karang semua

Aku rasa lebih bahagia

Sebab ini apa yang aku rasa…

Bila bibir menguntum kata ‘bebas’

Merdeka saja yang mendada..

Teranjakkah jiwa kalau 31 0gos yang tersemat di kepala

Sebab betul ke aku tahu akan benarnya

Nak aku cari tak cukup fakta

Kadang-kadang tak semena

Aku nak jadi yang tengah

Kanan ku tak terima

Kiri pula aku tolak

Tapi bagus sangatlah

Aku jadi orang yang tak tahu apa-apa

Baik jadi batu yang ditendang orang

Duduk tepi jalan ada gunanya ka?

Aku budak U la..

Gunalah bebas tu sehabisnya

Celah-celah kau semua ada

Student APEX segala ada

Kau carilah merata mana

Semuanya ada

Itu..

ya..

Di hati kau..mahu ke tidak..

Kalau kau malas lagi tak teranjak la jiwa

Biar puting beliung datang

Di situlah engkau..

Anak merdeka konon..

Jadi batu lagi baiklah engkau

Terima segala yang orang sumbat kat dada

Sampai tersekat kau,orang tak rasa

Aku selama ini dinanti-nanti?

Sebab aku satu-satunya..?

Buat aku menggoncang kepala..

Mana nak tau terputar masa

Ingat balik kalau aku berjasa

Kalau aku mencipta nama

Tapi mana mungkin

Aku budak biasa

Kadang-kadang berhingus juga

Sama saja dengan mereka

Hidung pulak tak semancung mana

Buat aku tertanya-tanya…

Picisan mana aku nak kutip

Sebab senyap-senyap hatiku berkata

Aku nak juga

Jadi satu-satunya yang dinanti orang

Mungkin bawa kebebesan pada jiwa

Hingga teranjak kalbu mereka

Jadi anjakan minda mungkin tak mustahil mana

+senyum+

Aku nak buat apa

Berkata tak sefasih mana

Nak berhujah ilmu tak cukup didada

Tapi aku ada juga

Sesuatu yang mungkin kau tak ada

Tak kemut aku nak cerita

Biar panjang sampai terlena

Tapi ada sedarnya mereka

Aku ada yang cukup istimewa

Biar suara sumbing tak kira

Biar nada lari kemana

Aku tahu aku ada

Mungkin tak bergoncang dunia

Tapi getarnya mungkin kau boleh rasa

Aku nak bangkit..

Tapi dia kata….

Bangkitlah dengan tauhid

Supaya aku tak tidur lagi

Dalam kotak yang melenakan

Buat jiwa aku tak teranjak kemana

Meski dibuai mimpi hina

Sebab bebas aku yang punya

Aku nak kongsi sama rata

Biar semua orang tahu akan manisnya

Jiwa teranjak merawat luka

Paradigma yang lumpuh

Mula terubat

Dah kau buktikan pada mereka

Yang kau satu-satunya

Yang selama ini dinanti orang…

Kalau sekarang ku punya biola

Mahu saja kupetik wayarnya

Biar sumbang bingit telinga

Gah aku nak khabarkan pada semua

Aku betul-betul merdeka

+ketawa tak semena+

Aku dah jumpa

Sebatang mancis dan kotaknya

Biar harga 5 duit cuma

Ianya sangat bermakna

Kerna aku nak membakar juga

Kotak yang selama ini buat aku lena

Selesa tak terkira

Sedangkan dalam tak ku sedar kiranya

Busuk menyusuk hingga ke jiwa

Buat orang hina

Kau cari jalan sederhana Cuma

Sedangkan pilihan terjojoi depan mata

Berbaris-baris peluang tak satupun kau endahkan

Mungkin aku adalah perjuang

Entah untuk siapa dan demi siapa aku juangkan

Aku nak rasa

Bila bebas bertakuk di jiwa

Buat aku kenal erti dunia

Agar aku hargai Dia

Buat aku cari bekal

Untuk aku bawa kesana

Dunia lain yang pasti akan tibanya

Kadangkala aku nak gembira

Tapi takut nak sua pada muka

Kerna aku masih banyak hutang pada Nya

Tuhan aku meminta

Jangan kau tarik gembira yang seketika Cuma

Kerna aku cuba nak hebohkan pada dunia

Aku jua mampu nak jadi satu-satunya

Bawa kebebasan yang masih berhala

+tunduk keinsafan+

Mungkin aku boleh bilang Negara aku merdeka

Ya

Memang merdeka

Yang dibawa oleh tokoh dahulu kala

Tapi mungkin wujud tipu daya

Sampai sejarah buat semua gelap mata

Aku tak mahu prejudis

Kau pun tak boleh begitu

Mungkin aku nak cari satu persatu

Sebarang justifikasi yang buka minda aku

Mungkin jiwa aku perlu dulu

Kadangkala aku jadi serabut

Nak tunggu testimonial semata

Setakat mengangguk dengan apa orang kata

Kata tak mahu jadi manusia tipikal

Bila berdebat macam kau tahu semua perkara

Tak masuk lagi perihal fasihnya iluminati

Walhal masih belum jelas ultimatum-nya

Apa lagi mahu atau tidak

Nak tahu atau tidak

Tanyala saja si hati

Jangan karang kau seorang saja gigit jari

Sampai habis kuku kaki

Secara literal mungkin aku dah pancit

Kalau boleh diukur dengan pita

Berapa meter panjangnya

kemampuan aku ini dapat ku kira

Ah..buat aku tanya kembali

Benar –benar ke aku cukup berani

Untuk heret kaki yang gempal ini

Biar langkah setapak lagi..

Tapi ketarnya rasa hingga ke buku lali..

Sebab apa?

Nah..

Kat bahu ni

Tersangkut kemas berjuta harapan

Manusia-manusia yang berharap

Pada aku yang masih ranap

Dengan persoalan tersentap

Ah…

+marah+

Aku hanya pejuang ID

Tidak cukupkah untuk aku

Sekadar bermain warna

Ceriakan dunia

Biar ada’jiwa’ natijahnya

Ah..

+leka sendiri+

Bebas kah aku kalau begini

Serah diri korbankan hati

+buat aku menung lagi+

Konklusi cuba dicari..

Aku perlu berubah

Aku perlu hijrah

Sampai bila nak duduk di takuk lama

Sampai berkulat busuk baunya

Paradigma mahu dianjak

Biar tenang jiwa seketika

Biar kalbu damai terasa

Mungkin bisa menginjak minda

dapat juga aku bangkit dengan tauhidnya

hei..

biarlah aku pejuang ID atau pelingkup mana

yang aku pasti aku mampu melangkah

sedarlah aku ini dinanti orang

bawa kebebasan yang literal

kerna aku

…..satu-satunya


Monday, October 11, 2010

MIND SHIFT

Assignment A : 300 words abtract

MIND SHIFT
AWAKENING AS ONE
ISSUE : WE'RE FAST ASLEEP IN A BOX

Kebebasan hakikatnya seringkali dimanipulasikan. Lebih-lebih lagi buat sang penerimanya mengenai bagaimana mereka menerima tamparan kebebasan. Si buta dan si tuli berbeza frasa dalam merungkai makna kebebasan. Hakikatnya, jika ia ditabur kepada manusia pasti mereka terjengket-jengket mencapainya ibarat dahaga tidak terhingga pada kebebasan. Natijahnya, apa sebenar perlunya? apa sebenar manfaatnya? adakah membuat si buta menjadi celik dan yang bodoh menjadi cerdik?. Jika kita satu-satunya yang selama ini dicari orang,yang selama ini ditunggu orang dari musim bertukar musim dari abad sekalipun bertukar abad,yakinlah bahawa kitalah satu-satunya yang dinanti-nati dan segeralah bangkit bersama tauhid di hati.

Perumpamaan 'Katak di Bawah Tempurung' merupakan peribahasa melayu yang menunjukkan betapa terkurung dan terkonkongnya pemikiran dan dan kebebasan seseorang individu. Kebebasan minda umumnya memberitahu kita bahawa betapa bebas dan terbukanya pemikiran seseorang individu. Pemikiran yang bebas mengajar kita untuk membuka seluas-luasnya pemikiran kearah ilmu dan pengetahuan yang baru. Minda yang terbuka adalah minda yang bersedia untuk belajar. Kita tentu pernah dengar dengan perkataan ortodoks yang selalunya diistilah kepada pemikiran yang sempit dan tidak bersedia menerima ajaran baru.

Kebebasan minda atau fikiran yang bebas juga membawa erti fikiran yang tidak dikongkong. Kita bebas berrfikir, kita bebas mencipta dan meneroka ilmu-ilmu baru. Fikiran yang bebas adalah fikiran yang merdeka. Kita juga pasti pernah mendengar tentang pemikiran kreatif,inovatif dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan pemikran yang merdeka.

Ideologi-ideologi dan fahaman baru yang ditafsir dan diistilah oleh minda-minda yang bebas adalah idea yang tulen dan faham yang teguh dan inilah yang disebutkan sebagai flasafah dan ideologi. Minda yang merdeka, bakal melahirkan individu-individu hebat yang bakal mencorak dan mengubah sejarah dunia.

Kebebasan politik adalah kebebasan memerintah,menguasai dan mengatur aturan sesebuah organisasi atau Negara. Kita tentunya pernah mendengar bagaimana Mahatma Gandhi berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan India, tertewasnya Tok Janggut, tersungkurnya Dato' Bahaman dan terbuang Dato Maharaja Lela daripada tanah air sendiri. Ini semua semua terjadi kerana apa? Jawapanya adalah satu, kebebasan politik. Adakah kita kini bebas dalam berpolitik? Demokrasi yang pada asasny berteraskan kepada kebebasan suara rakyat akhirnya menjadi pemecah kepada kesatuan rakyat. Rakyat berpecah,bersatu mengikut parti-parti tertentu. Adakah kita dalam sesebuah parti, atau hidup dalam sebuah Negara?. Sama-sama kita fikirkan...

Simpulan konklusi mengkhabarkan perihal kemerdekaan yang dicari. Disuruh tanya sendiri,benarkah kita yang dicari? Bersediakah kita menjadi satu-satunya yang menebarkan tali disuruh ikat dari kiri ke kanan manusiawi,agar kuat dan bersatu hati,dari berjuta menjadi satu,yang dinanti dalam mengejar kebebasan yang hakiki dan ingatlah bahawa kita sesuatu yang pasti selama ini dinanti..

JURUSAN REKABENTUK DALAMAN
+ KEBEBASAN +



IBU CONSTRUCTION

ibu c0nstruction? pasti dan sememangnya pasti projek kali ini masih bermain dengan buluh..tapi kali ini memang menguji segala kesabaran..keimanan yang selama ini diikat rapat agar tak goyah peribadi..sampai terketar lutut..longgar itu dan ini .Biar roboh tulang empat kerat tapi jangan runtuh keihlasan...bagi saya sendiri keluhan memang dah tersembur keluar dari bengkungan hati yang tak mampu lagi nak diisi..telinga lagi berdesing mendengar penat itu dan ini tapi ilmu yang dikaut tak terangkut banyaknya...biarlah apa orang nak kata..hati nak menjerit..badan nak menangis...selagi daya kerahlah peluh kerana 'ibu construction' juga satu impian yang saya sendiri nak 'ianya jadi kenyataan'....

"memulakan sesuatu adalah hebat..
tetapi menyelesaikanya adalah lebih hebat"


pembinaanya sememangnya agak sukar...remeh...hingga berkerut kening,kepala pusing...tapi tatkala bijak sang paradigma mengatur segala kiranya keadaan me njadi sedikit mudah..manusia dibahagi kerna ada tujuanya sendiri...bukan setakat peranan..tapi wujud juga tanggungjawab yang kadangkala lutut longgar tatkala berdiri kerna berat akan
tanggunganya...

....rakaman kronologi pembinaan IBU




....to be continued