=====================================
PART 2 : LOOK FORWARD
.....invent a new me
bila disuruh pandang ke hadapan,apa yang bermain dikotak fikiran?
yang pastinya jika dilihat dari pintu hati..warnanya indah menyilau..segala-segalanya dipandang indah.tapi itu dikatakan mimpi kerana masa hadapan itu tidak pasti..
hanya DIA yang satu tahu apa yang dicatat di luh mahfuz sang manusia.. meskipun khayalan setinggi mentari..tak mampu digapai..oleh khayalan misteri
..
hanya ditakluk sang naluri...
"siapa kita sekarang bukan topeng untuk kita tahu siapa kita akan datang"
kau karanglah beribu impian..
dan cubalah selak hari esok..
sama kah ia...
DISASTER ON 2012 ?
apa yang ada pada 2012 hingga buat orang panas punggung..berair telinga..teketar lutut hingga tak tahu nak pergi ke mana larinya..kalo directly saya terus menerima ke akal berbulu ini..arghh..percayakah aku pada yang si polan ini jangkakan..dan hati pula diruntun perasaan..'janganlah..janganlah berlaku sebegitu..aku tak mawu mati lagi..'tetapi pemikiran itu dibuang oleh sang paradigma (En Wan B) untuk saya tidak menerima sesuatu perkara secara mentah-mentah. Dicari dari internet..telaah itu dan ini mengenai isu kiamat,saya senyap-senyap membaca bahan yang dicari wahai si r00mate perihal 2012 dilaman faceb0ok miliknya..
pastinya mahu dilihat pandangan Islam dahulu agar tak longgar
akidah dan iman dalam mengetahui apa yang goyah..longgar-longgar..runtuh sini sana..banjir dan bencana dan apa saja malapetaka pada 2012..

bermulanya saya berfikir perihal ini bila filem DISASTER FLICK 2012 inspirasi dri ramalan si Tukang Ramal NOSTRADAMUS..saya cuba mencari pula pendapat dunia mengenai hal ini..
kata salah satu dari mereka "terfikir dalam fikiran jika umat islam membuat filem mengenai kiamat..adakah mereka menganggap Nabi Muhammad sebagai tukang ramal?"
Bagaimana pula ramalan si kalendar Mayan..mahu dihuraikan tidak terkira berjurai ceritanya..cuba saya baca dan kaitkan apa yang Wan B khabarkan sebelum ini...salah satunya perihal ini..dimana Tuhan mensyariatkan Nabi suruhanya menyatupadukan umat manusia dan jauhi pecah belah..slide didesign cantik sang paradigma jelas menunjukkan apa yang cuba beliau sampaikan..dan ini pula didapati dari laman ini.. file:///C:/Documents%20and%20Settings/winxp/Desktop/Ramalan%20Suku%20
"Ketika suatu zaman dimana manusia telah menunjukkan kemerosotan
moral yang luar biasa (zaman edan), Sang Pencipta memutuskan untuk mengakhiri peradaban tersebut dengan mengirimkan beberapa bencana besar yang akhirnya mengakhiri kehidupan dimuka bumi pada saat itu.
Hanya beberapa oranglah yang disisakan untuk memulai peradaban baru selanjutnya. Pada waktu peradaban baru ini lahir, hati orang-orang yang berhasil terselamatkan tersebut kembali dalam keadaan bersih/fitrah (setelah bertobat) karena telah disadarkan oleh rentetan bencana mengerikan yang menimpanya dimasa silam.
Pada saat ini, dimana tanda-tanda zaman edan telah dapat terli
hat dengan begitu jelas, mungkin kembali saatnya peradaban pada saat ini harus kembali diakhiri,
dan
akan digantikan dengan sebuah peradaban baru yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan peradaban sebelumnya. (mungkin manusia-manusia yang akan datang akan mengenal sisa-sisa peradaban kita sebagai sebuah peradaban maju yang hilang ditelan masa, seperti halnya kisah mengenai p
eradaban Atlantis dan Lemuria yang tenggelam dimasa silam).
Tahun 2012 Bumi akan dihancurkan kembali?"
Rumusannya..adakah kita perlu percaya?tidak perlu..lebih baik menjadi si yang tidak tahu..kemungkinan itu ada..
Apa saya percaya bahawa tanda-tandanya telah betah berlaku didunia..
Kekasih Allah pernah berkata,tidak berlakunya kiamat melainkan ianya jatuh pada hari Jumaat...
21 DISEMBER 2012 jatuh pada Hari Jumaat
...wallahualam
END PART 2
============================================
PART 3 : MONUMEN
Orang Yahudi di Malaysia adalah istilah yang merujuk kepada orang yahudi yang tinggal di malaysia..tak pernah tersembul di luar minda fikiran saya sehinggalah sang paradigma ( En Wan B) menyeru kami semua untuk melewati Jalan Zainal Abidin yang asalnya dahulu kala diberi nama 'JALAN YAHUDI'!
Menurut beliau jalan itu ditukar namanya oleh pengaruh politik setempat,tetapi masih tinggal pusara nenek moyang mereka yang bersemadi di situ..kegersangan dan aura menampar pabila sekujur tubuh melangkahi sana..


'JEWISH CEMETRY' dari pagarannya boleh
dilihat jelas..ironiknya bagaimana monumen yang menjadi tanda kematian dengan pelbagai rupa..Tidak banyak yang dapat saya singkap disini kerana kurang memahami akan sejarahnya..pabila punat search ditekan..gelombangnya menghantar beribu keputusan tetapi mostlynya dalam bahasa penjajah yang saya kira belum arif untuk memahami sepenuhnya..Sang Paradigma bermula bermain dengan idea mengarah kami mengisar segala curahan pendapat mengenai bagaimana rupanya 'monumen' yang pernah bermain didada bakal ditinggalkan pada dunia kelak..hanya ini dapat saya lakarkan beteraskan minat dan ironik yang ada padanya..mungkin membawa simpulan persoalan dari apa yang cuba di sampaikan....


0 comments:
Post a Comment